Selasa, 18 Februari 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » SPAD Tidak ‘Gentar’ Kepungan Pemandu Lori

SPAD Tidak ‘Gentar’ Kepungan Pemandu Lori


KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pemandu lori yang melakukan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, SPAD akan tetap menjalankan amanah untuk mengawalselia dan menguatkuasakan undang-undang itu mengikut prosidur dan tatacara yang ditetapkan.

“Kejadian kenderaan SPAD dikepung 30 buah lori pada 4 September lalu ketika mengadakan operasi bersepadu bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Gebeng tidak sepatutnya berlaku.

“SPAD hanya menjalankan tugas dan mengambil tindakan ke atas pemandu-pemandu loru yang melakukan kesalahan lebih muatan,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Media baru-baru ini melaporkan lapan anggota penguatkuasa SPAD dikepung sekumpulan pemandu lori ketika mereka menjalankan Ops Hippo di Kawasan Perindustrian Gebeng di Kuantan, Pahang.

Berikutan kejadian itu, satu laporan polis dibuat terhadap pemandu terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan oleh pihak SPAD.

Mengulas lanjut, Syed Hamid berkata, tindakan mengepung pegawai dan kenderaan SPAD boleh diklasifikasikan sebagai kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Malah, tegas beliau, mereka yang terlibat boleh didakwa mengikut Seksyen 234 (b) di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2012 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM200,000.

Jelas beliau, operasi ke atas lori wajar dilakukan kerana rekod SPAD menunjukan sebanyak 83 kes kesalahan lebih muatan lori telah dicatatkan daripada tahun 2012 sehingga Julai 2013 di Pahang.

Katanya, SPAD memandang berat isu lebihan muatan membabitkan lori kerana ia amat berisiko tinggi dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Justeru beliau berharap golongan pemandu lori supaya menghormati undang-undang yang telah ditetapkan serta meminta supaya perkara itu tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak.

“Mereka yang mempunyai masalah atau kemusykilan disarankan untuk datang dan berbincang dengan pegawai SPAD,” katanya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar